PENGENDALI Barcelona, Xavi mengakui tidak lena tidur selepas Blaugrana gagal memanfaatkan penguasaan ketika seri 1-1 berdepan Sevilla dalam aksi La Liga di Stadium Ramon Sanchez-Pizjuan pada Selasa.
Los Nervionenses mendahului pada minit ke-32 hasil jaringan Alejandro Gomez, namun Blaugrana
menyamakan kedudukan hasil tandukan Ronald Araujo pada minit ke-45'.
Barcelona masih gagal untuk memanfaatkan peluang tersebut walaupun Meskipun Sevilla bermain dengan 10 pemain selepas tonggak pertahanan tuan rumah Jules Kounde dilayangkan kad merah pada minit ke-64.
"Kami telah kehilangan dua mata, kami berhak menang, walaupun ketika 11 lawan 11. Sukar untuk saya tidur kerana kami sepatutnya menang.
"Sevilla tahu apa yang mereka lakukan dan bekerja dengan sangat baik dari segi taktikal. Barcelona yang ada kini sangat hampir dengan yang kita mahu dan pasukan semakin berkembang.
"Kami bagus dalam tekanan tinggi, pulih selepas kehilangan bola dan peredaran bola. Kami bermain dengan sangat baik, walaupun seri," kata Xavi.
Keputusan itu menyaksikan skuad Catalan tersebut hanya memenangi satu daripada lapan perlawanan di tempat lawan kini berada di kedudukan kelapan dengan mengumpul 28 mata.
Dalam pada itu Xavi memuji aksi yang ditampilkan pemain sayap, Ousmane Dembele selepas melakukan bantuan gol untuk jaringan tunggal Barcelona
Katanya, dia mahu Dembele terus mempamerkan aksi seperti yang dilakukan pada perlawanan ini ketika aksi bertemu Real Mallorca pada 2 Januari ini
"Dia (Dembele) bermain sangat baik hari ini. Namun sayang dia gagal untuk menjaringkan gol.
"Saya harap dia dapat kekalkan prestasi bagi membantu Barcelona untuk lebih cemerlang," katanya.