Redah air banjir di padang bola, dua dikhuariti lemas

Iklan
Suasana terkini dari Bandar Mentakab yang kelihatannya masih ditenggelami air. -Foto Orang awam

KUANTAN - Dua individu dikhuatiri lemas ketika meredah air di kawasan padang bola berhampiran bangunan UMNO Mentakab, Temerloh, kira-kira jam 3.15 petang, Selasa.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, kedua-dua mangsa dipercayai dihanyutkan arus deras ketika melalui kawasan terbabit.

Iklan
Iklan

Menurutnya, terdapat beberapa saksi yang melihat kejadian tersebut segera menghubungi polis dan ada yang memaklumkan kedua- dua mangsa merupakan seorang lelaki dewasa dan kanak-kanak lelaki.

"Mereka cuba meredah air di kawasan padang bola tersebut dan kemudian hilang dibawa arus,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata, lima anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Balai Bomba dan Penyelamat Mentakab telah menjalankan operasi mencari dan menyelamat dengan menggunakan sebuah bot.

"Pencarian melibatkan kawasan seluas 500 meter persegi. Setakat ini masih tiada penemuan dan operasi masih lagi diteruskan,” katanya.

Iklan