Bengkel tawar khidmat percuma cuci kereta terjejas banjir
Iklan
Pekerja Bengkel Azam Motor Banting bertungkus-lumus mencuci sebuah kenderaan yang diselaputi lumpur.
SHAH ALAM - Bengkel Azam Motor Banting menyediakan perkhidmatan mencuci dan membersih kereta yang terjejas akibat banjir secara percuma sejak Isnin lalu.
Pengarah Urusannya, Mastinah Mohd Sani, 48, berkata, pihaknya menerima sebanyak 20 permintaan untuk mencuci kereta dan setiap hari hanya empat kenderaan dibersihkan mengikut janji temu dan giliran.
Iklan
Iklan
"Kapasiti bengkel hanya boleh mencuci empat kereta sehari kerana kami kekurangan pembantu kerana rumah mereka juga ditenggelami banjir dan tidak dapat keluar bekerja," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Rabu.
Mastinah berkata, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu dijalankan untuk memberi bantuan kepada golongan B40 yang terkesan akibat banjir.
Iklan
"Kos mencuci luar dan dalam kereta ditenggelami banjir bermula dari RM1,500 hingga RM2,000 dan ini sudah tentu membebankan golongan tidak berkemampuan.
"Kami ingin bersama-sama mengambil tanggungjawab membantu mereka yang terkesan dengan memberikan perkhidmatan cucian kenderaan percuma," katanya.
Iklan
Kenderaan yang siap sedia untuk dicuci dan dibersihkan di bahagian luar dan dalam di bengkel berkenaan.
Jelas beliau, pada masa ini pihak bengkel memberi keutamaan kepada kenderaan tempatan Proton dan Perodua yang mengalami kesan teruk akibat banjir.
Selain itu, inisiatif berkenaan diambil bagi memberi peluang kepada pelajar sekolah menambah pendapatan pada musim cuti persekolahan.
"Kita dapat membantu mereka mencari wang tambahan dengan melakukan kerja-kerja cucian ini.
"Besar harapan kami agar dapat membantu lebih ramai lagi mereka yang terkesan dan kami berhasrat untuk mencuci lebih 300 kenderaan yang terkesan akibat banjir sehingga hujung tahun ini," ujarnya.
Seorang remaja lelaki berumur 13 tahun yang videonya tular ketika menjaga ibu di hospital memaklumkan, dia hanya mahu menjaga ibunya dan tak sanggup meninggalkannya berseorangan, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Fiqball Iman Firdaus atau lebih mesra digelar Iman berkata, ibunya, Ramlah Andot, 51, dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu selepas mengalami serangan angin ahmar pada 20 Oktober lalu.
Menurutnya, kejadian itu menimpa ibunya yang bekerja sebagai pembantu tukang masak ketika berada di dewan makan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ajil di Hulu Terengganu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/697010/edisi/terengganu/saya-tak-sanggup-tinggalkan-ibu
Muzik: Elevate dari www.bensound.com