Dua individu direman, kaut RM48,000 untuk kegunaan sendiri

Iklan
Dua individu direman di Mahkamah Majistret Sungai Petani pada Rabu bagi membantu siasatan salah guna kuasa empat tahun lalu.

SUNGAI PETANI - Dua lelaki termasuk bekas penolong pengurus besar sebuah agensi ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalahgunakan kuasa empat tahun lalu.

Penahanan individu berusia 61 tahun dan seorang lagi bekas pengurus berusia 35 tahun itu dibuat di Pejabat SPRM Sungai Petani kira-kira jam 3 petang, Selasa.

Iklan
Iklan

Kedua-dua lelaki itu ditahan kerana disyaki menggunakan jawatan yang dimiliki bagi tujuan meminta hasil penjualan kelapa sawit dari sebuah kilang bernilai kira-kira RM48,000 untuk kegunaan peribadi.

Difahamkan, perbuatan itu dilakukan antara tahun 2017 dan 2018.

Iklan

Dua individu itu kini tidak lagi berkhidmat di agensi sama di mana bekas penolong pengurus besar telah bersara manakala seorang lagi diberhentikan.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Iklan

Sementara itu di Mahkamah Majistret Sungai Petani pada Rabu, Majistret Nadhirah Abdul Rahim membenarkan kedua-dua individu itu direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.