Tiada PRK DUN Kempas

Iklan
SUHAIZAN

JOHOR BAHRU - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat menjelaskan tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kempas berikutan kematian penyandangnya dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Osman Sapian pada Selasa.

Suhaizan menerusi kiriman mesej ringkasnya pada Rabu memberitahu, kekosongan kerusi tersebut telah berlaku lebih dari tiga tahun Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berlangsung iaitu pada Mei 2018.

Iklan
Iklan

"Kekosongan telah berlaku di DUN Kempas. Oleh kerana kekosongan ini berlaku lebih tiga tahun daripada PRU14.

"Selain itu tiada ada isu majoriti DUN Johor dengan kelebihan satu kerusi di pihak kerajaan maka mengikut fasal 23(5) Undang- Undang Tubuh Kerajaan Negeri, tiada PRK di DUN Kempas," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Menteri Besar Johor, Osman Sapian meninggal dunia

Iklan

Dalam pada itu, Suhaizan yang kini sedang mengerjakan ibadah umrah turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Osman Sapian.

Datuk Osman Sapian 69, disahkan meninggal dunia di kediaman anaknya di Damansara, Kuala Lumpur kira-kira jam 11.45 malam pada Selasa.

Iklan

Pada 13 Oktober lepas, Osman, 69, yang juga Ketua Bahagian Bersatu Ayer Hitam dilaporkan dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Johor di sini selepas diserang strok ringan dan pada November lalu beliau dilaporkan dirawat di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM), Selangor.

Bagaimanapun, pada 13 November lalu Osman dilaporkan kembali stabil tetapi masih berada dalam pemerhatian rapi dan tidak sedarkan diri.

Osman dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-16 selepas PRU14 dan menjadi menteri besar bagi tempoh 12 Mei 2018 sehingga 8 April 2019.