Letupan di Sibolga tiada kaitan dengan Pilpres

Iklan
Polis tiba di kawasan kejiranan Husain atau Abu Hamza di Sibolga.

JAKARTA - INDONESIA . Ketua Polis Indonesia, Jeneral Tito Karnavian mengesahkan letupan dan penemuan bom di Sibolga, Sumatera Utara semalam tiada kaitan dengan pilihan raya presiden (Pilpres) dijadualkan pada 17 April ini.

Tito berkata, letupan itu lebih tertumpu kepada aktiviti pengganas.

Iklan
Iklan

Sejak kelmarin, Unit elit anti-pengganas Detachment 88 atau 'Densus 88' menyerbu beberapa lokasi disyaki persembunyian anggota rangkaian kumpulan militan Daesh di Sibolga dan Lampung.

Ia membawa kepada penangkapan Husain atau Abu Hamza yang merupakan anggota militan Jemaah Ansharut Daulah (JAD) di Lampung.

Iklan

Bagaimanapun, isteri Husain meletupkan diri bersama tiga anak mereka selepas enggan menyerah diri ketika rumah mereka di Sibolga di kepung pasukan keselamatan.

Menurut media tempatan, polis menemukan kira-kira 30 kilogram bahan letupan di kawasan berkenaan.

Iklan

Kejadian itu berlaku ketika Sibolga sibuk membuat persiapan untuk menerima kunjungan Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi, Ahad ini.

"Tiada kaitan langsung. Ia hanyalah tindakan pengganas semata-mata," kata Tito.

Sementara itu, Jokowi berharap polis dapat memperluaskan lagi operasi memburu jaringan militan di seluruh republik itu.

"Saya hargai kerja keras Densus 88. Saya juga berharap saki baki sel-sel pengganas yang bersembunyi dapat ditangkap segera.

"Mereka menyimpan bom dan ini berbahaya dan menjejaskan keamanan negara," katanya. - Agensi