'Jambatan Dengkil-Banting sedang baik pulih bukan makin buruk'

Iklan
Papan tanda amaran diletakkan 100 meter dari lokasi kejadian

SEPANG - Sebuah jambatan menghubungkan Dengkil ke Banting yang runtuh akibat banjir Jumaat lalu kini dalam proses baik pulih oleh pihak kontraktor dilantik Jabatan Kerja Raya (JKR).

Kerja-kerja baik baik pulih jambatan FT 31 (Dengkil-Banting), Seksyen 20.80 itu sekali gus menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa keadaan di lokasi itu semakin buruk seperti tersebar di media sosial pada Rabu.

Iklan
Iklan

JKR menerusi satu notis memaklumkan jambatan yang menghubungkan Dengkil dan Banting itu sebenarnya sudah ditutup sepenuhnya sejak 17 Disember lalu selepas sebahagian jambatan terbabit runtuh akibat banjir.

Pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif menerusi laluan FT29 (Jalan LDP ke Putrajaya), laluan FT21 (Jalan Putrajaya ke Dengkil) dan laluan FT31 (Jalan Banting ke Semenyih).

Iklan
Iklan