Warga emas dikhuariti lemas di Sungai Cheroh

Iklan
Anggota bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat warga emas di Sungai Cheroh pada Rabu. - Foto Bomba Pahang

KUANTAN - Seorang warga emas dikhuariti lemas selepas dipercayai tergelincir ke dalam sungai di laman Pesona Cheroh, Raub.

Mangsa, Por Kong Ming, 79, dari Kampung Cheroh, dikatakan pergi ke lokasi kejadian untuk mengambil air kerana kawasan itu terputus bekalan air.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, berdasarkan maklumat awal, mangsa telah pergi ke tebing sungai sejauh 50 meter dari rumahnya kira-kira jam 7 malam, pada Selasa.

"Mangsa dilihat kali terakhir berada di

Iklan

kedai kopi Cheroh pada jam 6 petang hari yang sama dan ketiadaan mangsa diketahui ketika anak saudaranya datang ke rumah mangsa bagi menghantar makanan.

"Pemeriksaan yang dibuat di sekitar kawasan rumah, mendapati ada kesan tergelincir di tebing sungai dan terdapat selipar serta gayung milik mangsa di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Ismail menjelaskan susulan itu, operasi mencari dan menyelamat mangsa dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Raub.

Tambah beliau, seramai 13 anggota daripada balai bomba dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat pencarian di sepanjang Sungai Cheroh.

"Operasi pencarian di sekitar lokasi kejadian dilakukan dengan jarak lebih kurang tiga kilometer daripada lokasi kejadian.

"Operasi bagaimanapun ditamatkan sekitar jam 6.30 petang dan bersambung esok,” katanya.