Nina, Jovian bantu bersih rumah mangsa banjir

Iklan
Nina (empat dari kiri) bersama sukarelawan membantu penduduk membersihkan rumah yang dilanda banjir.

HULU LANGAT - Tindakan anak sulung Perdana Menteri, Datin Nina Sabrina Ismail Sabri bersama suami, Datuk Jovian Mandagie yang turun padang membantu penduduk membersihkan kesan banjir lumpur dipuji penduduk Kampung Dusun Tua, di sini.

Salah seorang mangsa banjir, Daniel Mazlan berkata, dia terkejut dan terharu apabila pasangan itu turut serta membersihkan kesan lumpur di rumahnya.

Iklan
Iklan

Malah katanya, kedatangan pasangan tersebut tanpa sebarang protokol dan kawalan keselamatan menunjukkan sikap rendah diri mereka.

"Kami sekeluarga terharu apabila Nina dan Jovian sanggup membersihkan rumah kami dan meninjau keadaan rumah kami yang terjejas banjir.

Iklan

"Kehadiran pasangan ini bersama pasukan sukarelawan telah membantu meringankan beban penduduk yang sangat terkesan dengan bencana ini," katanya.

Pada Jumaat dan Sabtu, Lembah Klang mengalami hujan berterusan menyebabkan kawasan Hulu Langat, Shah Alam dan Klang mengalami banjir teruk.

Iklan

Bencana ini telah meragut nyawa dan memusnahkan sebahagian rumah, perabot serta peralatan elektrik selain kenderaan penduduk yang tidak dapat diselamatkan.