Hati-hati fenomena masalah buah pinggang!

Iklan
Buah pinggang main peranan penting dalam sistem tubuh manusia. -Foto: Sumber internet

TANGGAL 14 Mac iaitu hari ini merupakan sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia.

Haruslah kita ambil cakna mengenai buah pinggang! Selamat Hari Buah Pinggang Sedunia buat semua...

Iklan
Iklan

Tahukah anda?

Fenomena masalah kerosakan buah pinggang, ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum menunjukkan kesan kepada kesihatan.

Iklan

Bagaimanapun, anda perlu lebih berhati-hati dan segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan jika anda mengalami tanda seperti:

- Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.

Iklan

- Darah keluar bersama-sama air kencing.

- Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.

- Sakit belakang.

- Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam.

- Bengkak pada pergelangan kaki.

- Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi.

Jika anda turut mengamalkan gaya hidup tidak sihat, masih belum terlewat untuk mengubahnya.

Mulakan hidup baru dengan menjalani ujian saringan ini sebelum membuat pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya setahun sekali.

Kegagalan buah pinggang juga boleh dicegah dengan mengamalkan:

- Pemakanan seimbang.

- Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.

- Berhenti merokok.

- Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Paling penting, elakkan ubat yang tidak perlu termasuk ubat untuk menguruskan badan.

- Kekalkan berat badan seimbang.

- Bersenam setiap hari sekurangnya-kurangnya 30 minit.

Sumber: http://www.utm.my