Dipukul ketika cuba ceroboh gudang

Iklan
Gambar lelaki berkenaan dalam keadaan berdarah di muka yang tular di laman sosial.

KOTA BHARU – Seorang lelaki cedera di muka akibat dipukul orang awam selepas dikatakan cuba menceroboh sebuah gudang perabot di tepi Lebuh Raya Salor-Pasir Mas, di sini, kelmarin.

Lelaki yang berusia 38 tahun itu sebelum itu ditangkap orang ramai yang menyedari kejadian pada jam 3.35 petang.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung tangkapan seorang lelaki yang cuba masuk ke gudang perabot berkenaan dan sebaik tiba di lokasi kejadian mendapati lelaki terbabit dalam keadaan terbaring cedera.

"Pihak kami kemudian menghubungi ambulan untuk menghantarnya ke hospital.

Iklan
Iklan

"Ujian saringan awal urin mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine dan morfin. Dia kini dirawat di HRPZ II (Hospital Raja Perempuan Zainab II) dan dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya.