MH17: Pendakwa raya mohon pesalah dijel seumur hidup

Iklan
Pesawat MH17 yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur melepasi laluan kawasan bergolak di sempadan Ukraine-Rusia sebelum ditembak jatuh menggunakan misil pada 2014.

THE HAGUE- Salah seorang pendakwa raya yang terlibat dalam perbicaraan kes tembakan jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 memohon semua pesalah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Permohonan itu dibuat Manon Ridderbeks, di mahkamah The Hague, Belanda pada Rabu.

Iklan
Iklan

Suspek, tiga warga Rusia, Igor Girkin, Sergey Dubinsky dan Oleg Pulatov serta seorang warga Ukraine, Leonid Karchenko didakwa atas dua kesalahan iaitu menyebabkan pesawat MH17 dijatuhkan dan membunuh 298 penumpang.

Pesawat MH17 ketika itu sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur melepasi laluan kawasan bergolak di sempadan Ukraine-Rusia sebelum ditembak jatuh menggunakan misil pada 2014.

Iklan

Kesemua penumpang, juruterbang dan anak kapal terkorban akibat tragedi itu. -Awani

Iklan