Demi kehidupan rakyat yang sejahtera
Bajet 2022 dirangka dengan mengekalkan tradisi keterbukaan #TeamMOF yang terhasil menerusi siri turun padang dan jelajah negeri, perbincangan dengan lebih 30 sesi kumpulan fokus selain mengkaji lebih 1,100 memorandum dan hampir 50,000 cadangan yang diterima melalui portal Bajet 2022.
Bajet 2022 juga dirangka setelah 80 sesi sumbang saran bersama ahli-ahli Yang Berhormat merentasi doktrin politik, tanpa mengira kerajaan mahupun pembangkang.
Bagi mencapai matlamat Rakyat Yang Sejahtera, kerajaan melalui Bantuan Keluarga Malayssia (BKM) memberi tumpuan kepada strategi"Memulih Kehidupan Dan Mata Pencarian” iaitu dengan meneruskan pemberian bantuan tunai langsung secara bersasar, memperkasa aspek pendidikan dan kesihatan awam serta terus menjana peluang-peluang pekerjaan.
BKM 2021 memberi manfaat kepada 9.6 juta orang dengan kos sebanyak RM8.2 bilion.