BEIJING - Seramai 13 juta penduduk di bandar raya Xi'an, China diarahkan tinggal di dalam rumah mulai Khamis untuk menghentikan penyebaran pandemik Covid-19.
Arahan itu dibuat ketika pihak berkuasa berusaha untuk mempertahankan strategi kes sifar pandemik tersebut iaitu kira-kira enam minggu menjelang Sukan Olimpik Musim Sejuk.
Iklan
Iklan
Xi'an yang merupakan tempat penemuan patung askar China iaitu 'Terracotta Warriors' mengetatkan sekatan perjalanan dan memberitahu penduduk supaya tinggal di rumah selepas jangkitan Covid-19 dilaporkan baru-baru ini dikaitkan dengan kes pandemik itu di sebuah universiti di bandar raya ini.
Ekoran Beijing bersiap untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 pada Februari tahun depan, China kini berusaha memerangi penularan pandemik tersebut di beberapa bandar raya itu namun kes Covid-19 meningkat sejak akhir-akhir ini.
Xi'an melaporkan 63 lagi kes lagi pada Khamis iaitu beberapa hari selepas pihak berkuasa memulakan ujian besar-besaran ke atas semua 13 juta penduduknya.
Kes dari Xi'an merebak ke lima bandar raya lain, menurut media negara tersebut termasuk satu yang dikesan di Beijing dan satu lagi di selatan Guangdong.
Kata pemerintah bandar raya tersebut dalam satu kenyataan, mulai tengah malam Khamis, semua isi rumah hanya boleh menghantar satu anggota ke luar rumah iaitu dua hari sekali untuk membeli barang keperluan dengan semua yang lain diperintahkan tinggal di dalam kediaman mereka kecuali jika keadaan darurat. - Agensi