68,341 mangsa banjir di tujuh negeri

Iklan
Seramai 68,341 mangsa banjir ditempatkan di 396 pusat pemindahan di tujuh buah negeri.

SHAH ALAM - Seramai 68,341 mangsa banjir ditempatkan di 396 pusat pemindahan di tujuh buah negeri.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, seramai 18,080 keluarga membabitkan Perak, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan dan Pahang.

Iklan
Iklan

"Pahang merupakan negeri yang paling terkesan. Semalam sahaja, dilaporkan lima kematian iaitu empat dewasa dan seorang kanak-kanak. Dua mangsa lagi hilang.

"Bencana banjir mengakibatkan 37 kematian dan 10 dilaporkan masih hilang di seluruh negara," katanya pada sidang akhbar di Pusat Kawalan Tempat Kejadian Taman Sri Muda Seksyen 25 pada Khamis.

Iklan
Iklan

Acryl Sani memaklumkan sebanyak 137 lokasi jalan raya masih ditutup melibatkan empat buah negeri iaitu Pahang dengan 120 lokasi diikuti Selangor (12), Kelantan (3) Negeri Sembilan (2).