Edar makanan, minuman kepada petugas bencana

Iklan
Nur Khurul Ain (depan, dua kiri) bersama Mas Imran (berdiri, enam kanan) sewaktu mengedarkan makanan dan minuman kepada petugas kejadian pencemaran sisa kimia.

SIMPANG RENGGAM - Srikandi PKR Negeri Johor mengambil inisiatif mengedarkan kira-kira 1,000 kotak air minuman berperisa malt coklat serta 300 nasi bungkus kepada petugas pencemaran sisa kimia di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) dan di Dewan Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, tengah malam tadi.

Ketuanya, Nur Khurul Ain Abdul Samat berkata, inisiatif untuk menghulurkan bantuan makanan itu timbul selepas melihat kepayahan petugas yang bertugas bertungkus lumus menyelamatkan pesakit yang terkesan dengan kejadian yang menggemparkan negara ini.

Iklan
Iklan

"Selain makanan dan minuman, kami dengan kerjasama Pasa Raya Econsave Simpang Renggam turut membekalkan biskut, makanan ringan serta tuala kecil kepada semua petugas serta keluarga mangsa yang menunggu di dua pusat rawatan berkenaan.

"Melihat kepada keadaan di dua pusat rawatan ini, dapat dibayangkan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh mereka di samping kesabaran keluarga mangsa yang menunggu dengan harapan agar anak-anak mereka kembali sihat semula," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Iklan

Menurutnya, beliau berharap dengan pengagihan makanan serta minuman ini dapat menghilangkan kepenatan semua petugas terlibat di samping meredakan kebimbangan ibu dan ayah setiap murid yang terkesan dengan kejadian ini.

Menurutnya, beliau juga berharap semua kejadian yang berlaku ini berakhir dengan baik tanpa ada perkara buruk berlaku dan semua murid, pelajar, guru serta orang awam yang terkesan dengan kejadian ini segera sembuh dan boleh memulakan tugas masing-masing seperti sediakala.

Iklan

Sementara itu, Pengurus Operasi Pasa Raya Econsave Wilayah Selatan, Mas Imran Adam berkata, perancangan untuk membantu pasukan petugas ini timbul selepas melihat peningkatan pesakit yang terpaksa dirawat di pusat ini.

"Pihak kami akan terus memantau keadaan di semua lokasi pusat rawatan melibatkan pesakit yang terkesan dengan kejadian ini sebelum merancang tindakan penyaluran bantuan sesuai kepada mereka yang terlibat.

"Semua rakyat di negeri ini khasnya dan seluruh negara amnya diharapkan memanjatkan doa agar apa yang berlaku ini segera berakhir selain semua 111 buah sekolah yang ditutup dapat dibuka semula dengan segera dan pelajar boleh meneruskan pembelajaran tanpa ada rasa bimbang pagi," katanya.