LONDON - Bumi berputar lebih cepat berbanding kira-kira 50 tahun lalu dan jika ia terus berlaku seorang saintis di United Kingdom (UK) menyatakan satu saat mungkin perlu 'disingkirkan' dari jam atom iaitu penjaga masa dunia.
Seorang saintis Makmal Fizikal Nasional UK, Peter Whibberley telah memberi amaran bahawa jika kadar putaran meningkat lebih laju, kawalan saat mungkin diperlukan.