SHAH ALAM - Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani telah mengarahkan ketua polis daerah (KPD) yang terlibat dalam lokaliti banjir untuk menemui mangsa yang ingin membuat laporan susulan banjir.
Acryl Sani berkata, ada beberapa balai yang terjejas kerana banjir sehingga mengakibatkan masalah teknikal seperti penggunaan sistem laporan dalam talian yang diaplikasikan ketika ini.