WUI teruskan misi program Cuci, Pulih dan Iqra 2.0 bantu mangsa banjir

Iklan
Nur Elleena

SHAH ALAM - Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) meneruskan program Cuci, Pulih dan Iqra 2.0 dengan membersihkan Surau Al-Hassany di Jalan Bunga Raya, Kampung kebun Bunga, Shah Alam.

Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), Fazrul Ismail berkata, program itu menumpukan kepada pembersihan barangan yang rosak di surau tersebut seperti al-Quran.

Iklan
Iklan

Menurutnya, program ini turut dilaksanakan dengan penyampaian tadabur ayat al-Quran sebagai kisah iktibar daripada musibah melanda.

"Dalam surah al-Alaq dan as-Sajdah yang bermaksud supaya mereka yang ditimpa musibah untuk banyakkan bersujud dalam menghadapi cabaran.

Iklan

"Jadi yang terkesan dengan perkara ini (banjir) banyak bersujud, begitu juga bagi yang tidak terkesan supaya ALLAH SWT tetap melindungi kita,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Khamis.

Mengulas lanjut, beliau berkata, musibah kali ini juga sebagai petunjuk daripada ALLAH SWT untuk memperkenalkan dirinya sekali lagi kepada umat.

Iklan

"Seperti yang dinyatakan dalam surah as-Sajdah supaya mereka makin bersujud dan infaq tolong sesama kita.

"ALLAH SWT sedang memperkenalkan diri dengan menurunkan ujian dan apabila ada orang yang memerlukan bantuan, ini sebenarnya ALLAH SWT hantar mesej bahawa perlu bantu antara satu sama lain.

"Ini adalah mesej yang nak disampaikan menerusi program Cuci, Pulih dan Iqra,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden CSR Yeyeh Sendiri Berhad, Nur Elleena Solikhin berkata, program seperti itu memberi semangat untuk mereka membantu mangsa banjir.

"Sebelum ini, kami dah membantu mangsa banjir di Hulu Langat, kemudian kami tergerak hati untuk meneruskan misi di Shah Alam dan berakhir di Negeri Sembilan.

"Misi kami ini mengikut keperluan tempat dan semasa dengan kekuatan 20 orang dan lima pacuan empat roda serta mesin peralatan cuci," katanya.