Banjir: MKN arah seluruh jentera kerajaan bersiap siaga

Iklan
Rodzi - Foto Bernama

PUTRAJAYA- Majis Keselamatan Negara (MKN) mengarahkan seluruh jentera kerajaan khususnya agensi keselamatan dan kesihatan supaya berada dalam kesiapsiagaan peringkat tertinggi bagi menghadapi bencana banjir.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad berkata, berikutan itu, arahan MKN No.20 (Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara) wajib diaktifkan segera.

Iklan
Iklan

"Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP), Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) perlu menyusun strategi terbaik dan mengkoordinasi pelaksanaan pengurusan bencana banjir di lapangan yang berlaku dengan berkesan.

"MKN menyeru seluruh agensi kerajaan, pihak swasta, badan-badan bukan kerajaan, orang perseorangan untuk sama-sama berganding bahu memainkan peranan masing-masing supaya persediaan menghadapi bencana banjir akan lebih tersusun demi keselamatan rakyat dan keselamatan negara.

Iklan

"Hal ini adalah selaras dengan pendekatan ‘whole of government, whole of society approach’,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Beliau turut meminta semua rakyat untuk sentiasa mematuhi arahan dan mendapatkan sebarang makluman berkaitan bencana daripada sumber yang sahih dan boleh dipercayai.

Iklan

"Marilah kita mendoakan agar negara kita terhindar daripada segala bencana dan semua Keluarga Malaysia sentiasa kekal sejahtera dan selamat,” ujarnya.