Warga emas wanita maut, 3 parah

Iklan
Anggota dari BBP Dungun berusaha mengeluarkan Hasnah dan suaminnya yang tersepit dalam kereta yang remuk. (Gambar kecil: Hasnah)

DUNGUN - Seorang peniaga wanita maut, tiga parah dan seorang cedera dalam kemalangan tragis membabitkan dua buah kereta serta sebuah motosikal di Kilometer 88 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Bukit Bauk, di sini, malam tadi.

Dalam nahas kira-kira jam 11.30 malam itu, Hasnah Awang, 64, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan dalaman yang parah dan tersepit bersama suaminya dalam kereta Proton Satria yang remuk teruk.

Iklan
Iklan

Suami warga emas itu, Mohd Rozi Mukhtar, 52, yang juga pemandu Proton Satria berkenaan bersama seorang remaja lelaki, Muhammad Iqmal Basysyar Haidi, 18, yang memandu Proton Viva dan seorang penunggang motosikal, Tengku Zainudin Tengku Setapa, 55, pula cedera parah.

Akibat kejadian itu juga, penumpang hadapan Proton Viva, Muhammad Aqil Shahmi Rosli, 18, mengalami kecederaan di bahagian dagu.

Iklan

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, ketika kejadian pasangan suami isteri itu dalam perjalanan dari arah Bandar Dungun menuju ke Paka dipercayai untuk pulang ke rumah mereka.

"Kemalangan dipercayai berlaku Proton Satria berkenaan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan Perodua Viva dinaiki dua remaja yang dalam perjalanan pulang ke Bandar Dungun.

Iklan

"Sejurus pelanggaran itu, datang motosikal jenis Honda FS150FJ dari arah sama dengan Perodua Viva dan gagal mengelak lalu merempuh Proton Satria yang ketika itu berada di tengah-tengah laluan," katanya.