PGA rampas karkas babi hutan, musang

Iklan
Batalion 8 PGA Kuantan turut merampas 275 biji pil yaba dan syabu seberat 0.8 gram selepas menahan tiga lelaki berusia antara 19 hingga 29 tahun yang menaiki kereta semasa melalui sekatan jalan raya (SJR) di Lalang Pepuyu, Tanah Merah pada Rabu.

RANTAU PANJANG - Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa berjaya merampas 350 kilogram (kg) karkas babi hutan dan 3.5kg karkas musang bernilai RM8,855 selepas menahan seorang lelaki di tepi jalan Kampung Bukit Nangka, Tanah Merah pada Rabu.

Pegawai Pemerintah Medan PGA, Superintendan Azhari Nusi berkata, lelaki berusia 54 tahun itu ditahan kira-kira jam 3.30 petang semasa anggota pasukan tersebut melakukan rondaan rutin.

Iklan
Iklan

"Semasa melakukan rondaan, anggota bertugas telah terserempak dengan sebuah kereta Proton Wira yang dipandu dalam keadaan mencurigakan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Menurutnya, sejurus kereta itu ditahan, anggota PGA telah membuat pemeriksaan dan menjumpai karkas babi hutan dan musang di dalam but kenderaan tersebut.

Batalion 8 PGA Pengkalan Chepa merampas 350kg karkas babi hutan dan 3.5kg karkas musang bernilai RM8,855 selepas menahan seorang lelaki di tepi jalan Kampung Bukit Nangka, Tanah Merah pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata, semasa ditahan suspek gagal mengemukakan dokumen sah untuk membawa barangan berkenaan dan siasatan awal mendapati bekalan karkas babi hutan serta musang itu dipercayai mahu diseludup ke negara jiran.

Dalam perkembangan lain, Azhari berkata, Batalion 8 PGA Kuantan turut merampas 275 biji pil yaba dan syabu 0.8 gram selepas menahan tiga lelaki berusia antara 19 hingga 29 tahun yang menaiki kereta semasa melalui sekatan jalan raya (SJR) di Lalang Pepuyu, Tanah Merah pada Rabu.

Iklan

"Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan itu telah menemui pil yaba dan syabu di dalam 'dashboard' kereta tersebut," katanya.