SHAH ALAM - Aplikasi media sosial popular, Facebook, WhatsApp dan Instagram mengalami gangguan teknikal sehingga menyebabkan kebanyakan pengguna tidak dapat mengikuti perkembangan terbaharu ketika ini.
Sususlan gangguan tersebut, Facebook terpaksa menggunakan aplikasi Twitter untuk memaklumkan kepada warganet tentang masalah yang dihadapi dipercayai bermula dari petang semalam.