DPMM kenal pasti peniaga, usahawan kecil terjejas banjir

Iklan
Muhammed Farhan (tengah) ketika memasukkan barangan bantuan sebelum bergerak ke Negeri Sembilan untuk misi bantuan kecemasan kepada mangsa yang terjejas akibat banjir.

JOHOR BAHRU - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) akan mengenal pasti ahlinya yang juga usahawan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat bencana banjir di beberapa negeri baru-baru ini.

Naib Presiden DPMM, Muhammed Farhan Basheer berkata, usaha itu bagi membolehkan bantuan pasca banjir berupa khidmat pembersihan dan barangan keperluan asas disalurkan pada Januari depan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebagai permulaan pihaknya akan mengenal pasti ahli-ahli terjejas di Selangor dan Negeri Sembilan terlebih dahulu kerana melihat daripada keadaan serius yang berlaku di dua negeri berkenaan.

"Mereka ini kita akan bantu untuk bantuan fasa kedua yang mana melibatkan barangan peralatan pembersihan dan kelengkapan keperluan asas, seperti peti ais dan dapur.

Iklan

"Bantuan ini juga bukan hanya tertumpu kepada ahli semata-mata, penduduk dan orang ramai yang terjejas juga akan dibantu melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah kira-kira RM200,000," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelepasan Bantuan Kecemasan Mangsa Banjir anjuran DPMM, Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Larkin di sini pada Khamis.

Muhammed Farhan berkata, sehingga kini terdapat kira-kira 10,000 ahli DPMM di seluruh negara yang mana sebahagian besar mereka adalah pengusaha PKS dan usahawan mikro.

Iklan

Dalam pada itu, mengulas mengenai misi bantuan kecemasan yang dilakukan, beliau berkata, pihaknya sudah menyediakan bantuan berupa peralatan mencuci, makanan dan kain bersih dengan nilai keseluruhan sebanyak RM100,000.

"Kita ada sediakan peralatan mencuci, sabun basuh, makanan, kain dan juga sejadah kepada mereka yang terjejas. Untuk program kali ini kita juga akan hantar ke Jelebu (Negeri Sembilan) dan Hulu Langat (Selangor).

"Kita jangkakan sekurang-kurang 400 ke 500 orang dapat dibantu dalam misi kali ini. DPMM dan rakan-rakan agensi melihat ini sebagai keperluan untuk kami menaburkan bakti sekali gus bekerjasama membantu mereka yang terjejas," katanya.