Angin kencang, laut bergelora diramal berlaku mulai Ahad

Iklan
Infografik yang dikongsikan MetMalaysia pada Khamis.

SHAH ALAM- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan berlaku luruan monsun dan juga angin kencang serta laut bergelora di beberapa kawasan bermula 26 Disember ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran di Facebook berkata, luruan monsun iaitu angin sejuk dari Siberia yang menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan diramal berlaku pada 27 hingga 30 Disember.

Iklan
Iklan

"Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan berterusan di Johor Timur, Sabah Timur dan Sarawak Barat dalam tempoh 28 hingga 30 Disember,” katanya pada Khamis.

Dalam masa sama, menurut MetMalaysia, angin kencang dan laut bergelora diramal berlaku di perairan Laut China Selatan termasuk kawasan perairan pantai timur Semenanjung pada 26 hingga 30 Disember.

Iklan

Jelasnya, orang awam yang merancang perjalanan ke kawasan-kawasan berkenaan dinasihatkan sentiasa berwaspada dan peka dengan maklumat terkini di MetMalaysia.

"MetMalaysia akan terus memantau keadaan cuaca 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dan akan mengeluarkan amaran hujan berterusan dan amaran ribut petir bila keadaan perlu,” ujarnya.

Iklan