SUKE nafi tutup jalan kerana dinding projek runtuh

Iklan
SUKE menafikan berita tular jalan ditutup disebabkan dinding SUKE runtuh yang tersebar di media sosial sejak Rabu. (Kanan: Berita tular dinding SUKE runtuh sejak Rabu.)

AMPANG - Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) menafikan dakwaan Bukit Ampang tidak boleh dilalui susulan dinding projek pembinaan tersebut runtuh.

SUKE menerusi kemaskini di Twitter memaklumkan, lencongan trafik dilakukan bagi memastikan pemasangan 'RS Wall' di jalan tersebut dilaksanakan dengan selamat.

Iklan
Iklan

"Merujuk kepada hantaran di media sosial mendakwa sebahagian dinding SUKE yang bersebelahan Jalan Hulu Langat runtuh, pihak kami menegaskan bahawa ia tidak benar sama sekali.

"Lencongan dilakukan bagi memastikan kerja-kerja pemasangan 'RS Wall' di jalan tersebut dilaksanakan dengan selamat," menerusi Twitter SUKE Expressway pada Khamis.

Iklan

SUKE bagaimanapun tidak memaklumkan tempoh penutupan jalan bagi tujuan itu.

Pada Rabu tular di Facebook bahawa Bukit Ampang tidak boleh dilalui susulan dinding SUKE runtuh dan pengguna disarankan menggunakan laluan alternatif Bukit Belacan atau Mulia Jaya ke Hulu Langat.

Iklan