Projek tebatan banjir di Mentakab sedang dilaksana

Iklan
Wan Rosdy (tengah) ketika melihat projek lembangan sungai bersepadu Sungai Semantan yang dianggarkan bernilai kira-kira RM58 juta di bandar Mentakab.

KUANTAN - Kerajaan Pahang sedang membina projek lembangan sungai bersepadu Sungai Semantan, Temerloh bagi mengelak kejadian banjir buruk berlaku di daerah itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, projek tersebut dianggarkan bernilai kira-kira RM58 juta dan kini berada pada fasa satu pembinaanya.

Iklan
Iklan

"Skop rancangan tebatan banjir ini melibatkan pembinaan ban dan tembok banjir sepanjang lima kilometer (km); melencong, mendalam dan melebarkan sungai; serta membina tiga buah pintu air.

'Selain itu, tiga rumah pam, sebuah kolam tadahan, tiga kolam pengumpul, lima perangkap sampah (GPT), dan empat pembentung juga akan dibina," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Beliau memaklumkan, projek itu dijangka dapat disiapkan sepenuhnya pada 2024.

"Kita yakin ia akan dapat mengelakkan kejadian banjir yang buruk di daerah ini (Temerloh)," ujarnya.

Iklan