RUU Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran diluluskan

Iklan
Suasana pada sesi mengundi untuk Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 pada Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Negara pada Khamis meluluskan Rang Undang-undang Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2021.

Rang undang-undang itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said, setelah dibahas lapan senator.

Iklan
Iklan

Rang undang-undang itu bertujuan memastikan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670) selaras dengan kehendak Protokol Palermo dan Konvensyen ASEAN bagi Menentang Pemerdagangan Manusia terutama Wanita dan Kanak-Kanak (ACTIP).

Rang undang-undang itu melibatkan beberapa pindaan yang antara lain termasuk pindaan tafsiran pemerdagangan orang dan pemansuhan tafsiran paksaan.

Iklan

Ismail ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata, pindaan tafsiran itu merupakan elemen paling utama dalam pindaan kali ini yang bertujuan menyeragam tafsiran pemerdagangan orang dan paksaan.

"Penyelarasan tafsiran ini dihasratkan dapat membantu memudahkan proses pengenalpastian mangsa pemerdagangan orang dan pertubuhan kepada penjenayah yang terlibat,” katanya. - Bernama

Iklan