FRU gerakkan aset bantu mangsa banjir

Iklan
Keadaan jalan di Sungai Lui yang diselaputi banjir. (Gambar kecil: Rosman)

HULU LANGAT - Jentera meriam air yang sering digunakan untuk meleraikan rusuhan kali ini digunakan oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) untuk kerja-kerja membersihkan sisa lumpur yang menyelaputi rumah penduduk di kawasan Sungai Lui di sini pada Khamis.

FRU yang terkenal sebagai polis anti rusuhan menonjolkan satu sisi yang berbeza terhadap pasukan tersebut dengan membantu mangsa banjir di sini atas sifat perikemanusiaan.

Iklan
Iklan

Timbalan Komander FRU Malaysia, Asisten Komisioner Rosman Kasman berkata, inisiatif tersebut diambil pihaknya berikutan arahan daripada Ketua Polis Negara, Tan Seri Acryl Sani Abdullah Sani untuk menggerakkan aset yang ada dalam usaha membantu mangsa banjir.

"Sebelum ini kita terkenal dengan anti rusuhan tapi tidak pada hari ini. Ketika bencana seperti ini, FRU gerakkan sekali aset dan tenaga yang kita ada untuk membantu mangsa-mangsa banjir.

Iklan

"Masjid, sekolah dan rumah dipenuhi lumpur tebal kalau kita tidak membantu mangsa-mangsa ini memang akan lambat untuk penduduk bersihkan rumah mereka," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi banjir pada Khamis.

Rosman berkata, pihaknya turut menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir di kawasan perkampungan orang asli di mana jalan keluar masuk ke lokasi tersebut ditenggelami dengan lumpur tebal.

Iklan

"Berpegang kepada prinsip 'polis dan masyarakat berpisah tiada' kami telah menggerakkan aset untuk membantu mangsa-mangsa ini membersihkan kediaman mereka.

"Kita juga ada menyumbangkan sedikit kain kapan kepada masjid berhampiran kerana kami difahamkan segala kelengkapan di masjid telah musnah dalam banjir," ujarnya.