Pekerja ladang lemas ketika redah jalan dinaiki air

Iklan
Anggota bomba membantu mengangkat mayat mangsa sebelum diserahkan keada pihak polis sebelum dihantar ke Hospital Pekan untuk proses bedah siasat.

PEKAN - Seorang pekerja ladang ditemui lemas selepas tenggelam bersama motosikalnya ketika meredah jalan dinaiki air di sebuah ladang kelapa sawit di Felda Chini 2 di sini pada Khamis.

Mayat mangsa, Che Rustam Che Su, 36, ditemui pada jam 3.40 petang di lokasi berdekatan dia dilihat terjatuh dan tenggelam.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi ketika mangsa bersama abang dan ayahnya dalam perjalanan ke ladang dengan menaiki motosikal secara berasingan.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, berlaku air bertakung di laluan tersebut dan mangsa cuba meredah air sebelum tiba-tiba tenggelam bersama motosikalnya.

Iklan

Beliau berkata, mangsa yang tidak pandai berenang dilihat terkapai-kapai sebelum tenggelam.

"Lokasi mangsa lemas merupakan jalan rendah dan ditenggelami air sedalam kira-kira lima meter dengan jarak jalan yang dinaiki air sepanjang 20 meter.

Iklan

"Mangsa mungkin tidak menyangka air di laluan itu begitu dalam dan cuba menyeberanginya," katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Mengulas lanjut, Mohd Zaidi berkata, susulan maklumat yang diterima daripada Angkatan Pertahanan Awam (APM) Chini, pihak polis bersama bomba dan APM menggerakkan operasi mencari dan menyelamat menggunakan sebuah bot

"Mayat mangsa berjaya ditemui dan dihantar ke Hospital Pekan untuk proses bedah siasat," katanya.