Mangsa banjir di Pahang kini 35,213 orang

Iklan
Keadaan banjir di Kampung Temai, Pekan pada Khamis.

KUANTAN - Bilangan mangsa banjir yang dipindahkan di Pahang menunjukkan sedikit penurunan kepada 35,213 mangsa sehingga jam 4 petang Khamis berbanding 35,604 mangsa yang direkodkan jam 2 petang hari yang sama.

Jumlah terkini mangsa yang berada di 253 pusat pemindahan sementara (PPS) itu melibatkan 10,414 keluarga dari sembilan daerah terjejas.

Iklan
Iklan

Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, Temerloh kini merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan 12,275 orang daripada 3,514 keluarga diikuti Kuantan (10,852 mangsa daripada 3,215 keluarga), Bentong (4,704 mangsa daripada 1,592 keluarga), Bera (2,183 mangsa daripada 625 keluarga) dan Pekan (1,745 mangsa daripada 520 keluarga).

Sementara itu, Maran (1,160 mangsa daripada 321 keluarga), Lipis (979 mangsa daripada 309 keluarga), Jerantut (940 mangsa daripada 222 keluarga) dan Raub (375 mangsa daripada 96 keluarga).

Iklan

Sebanyak 13 kes kematian direkodkan akibat banjir di negeri ini dengan lapan kematian di Bentong, Kuantan (dua kes), Temerloh (dua kes) dan Raub (satu kes).

Iklan