Rahsia kurus Catriona Ross

Iklan
Catriona Ross semakin jelita

MAHU kurus dan sihat seperti selebriti jelita, Catriona Ross atau nama sebenarnya, Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross? Jom ikuti cara bagaimana beliau menurunkan berat badan.

Apa yang penting wajib ada keinginan, usaha dan jangan sesekali berputus asa! Berat badannya naik mendadak selepas melahirkan tiga orang anak. Akibatnya, dia tidak lagi menerima tawaran lakonan.

Iklan
Iklan

Perbezaan dahulu dan sekarang, jauh bezanya.

Berat badannya sebelum ini 75 kilogram (kg), nah kini sudah berkurang menjadi 58 kg! Bayangkan pelakon yang berasal dari Kelantan itu berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 17 kg. Hanya dalam masa lima bulan yer! Artis kacukan melayu-Scotland yang kini berusia 39 tahun itu benar-benar nekad. Dia memberitahu semangatnya begitu berkobar-kobar demi kelihatan langsing dan cantik.

Iklan

Berikut lima tips yang diamalkannya selama lima bulan proses menurunkan berat badan:

1. Eat clean diet

Iklan

Catriona mengamalkan diet eat clean (makan bersih) sepanjang lima bulan. Contohnya, waktu pagi dia mengambil roti wholemeal dan scrambled egg

Antara menu yang dinikmati pelakon jelita itu

2. Makanan kukus tanpa minyak

Sepanjang diet, dia elakkan makanan yang berminyak. Semua makanan dIkukus seperti sayur dan scrambled egg juga digoreng tanpa minyak

3. Beras Perang

Nasi tidak dilupakan, namun pengambilannya hanya beras perang. Dia akan menikmati makanan tengahari bersama lauk yang dimasak tanpa minyak. Memang agak drastik tetapi kesannya sangat pantas

Beras perang dinikmati dalam kuantiti yang sedikit
Makanan sihat yang diamalkannya

4. Daki gunung

Kerana mahu menurunkan berat badan dengan cepat, jadi Catriona melakukan senaman yang extreme. Dia menyertai kelab mendaki gunung dan hampir setiap minggu dia mendaki bagi mengeluarkan peluh yang banyak

5. Berenang

Berenang adalah satu latihan yang natural bagi memperkuatkan otot, dia tidak mengambil sebarang ubat kurus atau menjalankan pembedahan untuk menurunkan berat badan.

So, Femina mengucapkan selamat mencuba !!