Kadar cukai tanah baharu di Labuan bermula 1 Januari 2022

Iklan
Pemilik-pemilik tanah di pulau bebas cukai di sini akan mula membayar cukai tanah pada kadar yang baharu bermula 1 Januari tahun depan susulan penyelarasan kadar cukai tanah dan sewa tanah. - Foto 123rf

LABUAN - Pemilik-pemilik tanah di pulau bebas cukai di sini akan mula membayar cukai tanah pada kadar yang baharu bermula 1 Januari tahun depan susulan penyelarasan kadar cukai tanah dan sewa tanah.

Penyelarasan oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PPTG) Wilayah Persekutuan Labuan itu adalah selaras dengan usaha agensi itu mengkaji semula kadar cukai tanah di Labuan yang tidak pernah dilakukan sejak berpuluh tahun lamanya.

Iklan
Iklan

Timbalan Pengarah PPTG Labuan, Abdul Basit Abdul Latif berkata, penyelarasan kadar cukai tanah ini diluluskan oleh kerajaan Persekutuan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Labuan baru-baru ini.

"Ia dilaksanakan selepas pemerluasan Kanun Tanah Negara ke Labuan dan pemakaian Kaedah-Kaedah Tanah Wilayah Persekutuan Labuan (KKTWPL) pada 2010.

Iklan

"Pelaksanaan kadar cukai tanah baharu di Labuan sepatutnya dibuat pada 2010 namun kerajaan memutuskan untuk ditangguhkan, sehinggalah dalam mesyuarat jawatankuasa memutuskan untuk dilaksanakan tahun depan,” katanya kepada pada Khamis.

Program libat urus melibatkan 27 ketua kampung dan wakil-wakil Majlis Perwakilan Penduduk telah diadakan pada 17 Disember lalu dan rata-rata mereka mahukan lebih penjelasan mengenai penyelarasan kadar cukai tanah ini.

Iklan

Abdul Basit berkata, masih terdapat 7,610 hak milik daripada 12,618 hak milik keseluruhan yang masih membayar sewa dan cukai tanah pada kadar lama, manakala 736 hak milik langsung tidak dikenakan sewa dan cukai tanah sejak berpuluh tahun.

Beliau berkata, penyelarasan kadar cukai tanah adalah mengikut kategori iaitu pertanian, kediaman, perdagangan dan perusahaan dan juga sama ada tanah berada di kawasan desa atau bandar dan tanah pegangan anak negeri (natif [NT]).

"Penyelarasan kadar cukai tanah di Labuan adalah berpandukan kajian dan perbandingan kadar cukai di negeri-negeri lain yang setara dengan Labuan,” katanya. - Bernama