Suspek curi kereta milik mangsa banjir dicekup

Iklan
Foto Facebook I Love Kuala Krai

SHAH ALAM - Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian cubaan mencuri sebuah kereta jenis Honda City milik seorang mangsa banjir di dalam kawasan bencana di Jalan Persiaran Perusahaan, Seksyen 23 di sini.

Kejadian tersebut ditularkan pemilik akaun Instagram @wangi_by_cinta pada 19 Disember lalu yang mendakwa ketika kejadian suspek mencabut nombor pendaftaran kereta dan telah mengangkut kenderaan tersebut ke atas lori tunda sebelum perbuatannya disedari oleh penduduk tempatan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pemilik kenderaan berkenaan meletakkan keretanya di tepi jalan dalam keadaan berkunci pada 18 Disember lalu.

"Namun pada 20 Disember (Isnin) sekitar jam 8.45 malam mangsa mendapati keretanya telah berada di atas lori tunda dengan nombor pendaftaran WCX3048 atas nama Syarikat Sparks Motors Rescue Empire.

Iklan

"Lori tersebut dipandu seorang lelaki tempatan yang tidak dikenali dan menyuruh mangsa menunda kereta milik isteri mangsa itu ke bengkel," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Arjunaidi berkata, selepas diperiksa, mangsa mendapati suspek telah mencabut bateri kereta dan mematahkan nombor pendaftaran kenderaan bahagian depan serta belakang malah pelekat cukai jalan turut hilang.

Iklan

Katanya, mangsa telah tampil membuat laporan pada Rabu selepas dihubungi oleh pihak polis susulan hantarannya yang tular di media sosial.

"Tangkapan dibuat ke atas seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun iaitu pemandu lori tunda tersebut dan permohonan reman akan dibuat hari ini manakala siasatan terhadap suspek sedang dijalankan," ujarnya.