Hebatnya penangan media sosial, cerita ‘dalam kain’ bukan lagi rahsia

Iklan
Gambar hiasan media sosial -Foto 123rf

BARU-baru ini tular insiden membabitkan isu rumah tangga penjawat awam di sebuah klinik kesihatan di selatan tanah air.

Ia susulan seorang isteri yang juga pegawai kesihatan mendedahkan kelakuan suaminya yang curang secara terbuka di media sosial.

Iklan
Iklan

Dan lebih menimbulkan kemarahan netizen apabila si isteri diceraikan di hadapan wanita yang menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya.

Malah, pada Rabu, isu tersebut mendapat perhatian Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), Datuk Dr Aman Rabu.

Iklan

Katanya, JKNJ sedang menjalankan siasatan untuk tindakan lanjut. Perkara itu dianggap serius kerana melanggar Etika dan Integriti Penjawat Awam mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Begitulah kuasa media sosial. Jika dahulu kisah rumah tangga disimpan rapi, kini zaman sudah berubah. Cerita ‘dalam kain’ satu dunia boleh tahu. Bukan lagi rahsia.

Iklan

Ramai netizen menyalahkan perkahwinan jarak jauh (PJJ) jadi punca si suami curang.

Tapi setahu Merak Jalanan, curang tak kira tempat dan siapa. Ingatlah curang itu adalah pilihan dan janganlah sesekali dibuat main.

Ramai juga pasangan suami isteri 24 jam berkepit boleh curang. Jadi, janganlah mencipta alasan!

Tiada tips untuk jaga suami atau isteri daripada kecurangan. Syaitan akan sentiasa mencari lohong dan ruang untuk menggoda manusia. Semuanya bergantung kepada iman masing-masing.

Jika iman tidak dijaga, apatah lagi enggan untuk berubah, memang akan melarat. Dalam perkahwinan, banyak perkara yang perlu dijaga batas pergaulannya.

Sentiasalah berdoa agar hati kita dan pasangan tidak tunduk dengan godaan syaitan. Semoga iman kita semua selalu terpelihara. Jangan pula ketika kita sedang diuji, kita yang menjadi ‘syaitan’!