Anak-anak OKU ada kelebihan, bakat tersendiri

Iklan
Putri Nurul Izzah ketika program Wacana Sinar Edisi ke-313 bertajuk ‘Nasib OKU Di Malaysia, Tuah Atau Malang?’ yang bersiaran secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Khamis.

SHAH ALAM - Ibu bapa dan komuniti perlu membantu anak-anak orang kurang upaya (OKU) ataupun autisme mencungkil bakat masing-masing kerana mereka bukan tiada kelebihan, sebaliknya mempunyai bakat tersendiri.

Pengarah Projek Kempen Pembangunan Pusat Tahfiz Anak Istimewa dan Autisme 1.0, Putri Nurul Izzah Azman berpendapat, ada beberapa cara untuk membantu anak-anak tersebut antaranya memerlukan seseorang ataupun pemantau untuk membantu mereka.

Iklan
Iklan

"Kalau mereka menghadapi masalah percakapan, mungkin yang mendidik atau membentuk mereka itu orang yang mahir dalam bidang tersebut.

"Kita tidak boleh meletakkan mereka di bawah satu jagaan ataupun pendidik yang bukan dari bidang mereka kerana mereka tidak tahu apa kaedah sesuai untuk mengajar anak-anak istimewa ini,” katanya.

Iklan

Dia berkata demikian pada program Wacana Sinar Edisi ke-313 bertajuk ‘Nasib OKU Di Malaysia, Tuah Atau Malang?’ yang bersiaran secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Khamis.

Program yang dimoderatorkan Khairil Amri itu turut menampilkan Pengasas Pertubuhan Kebajikan dan Penjagaan Nur Hidayah, Roslailawati Mohamad, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Pengerusi Volunteer for Community Engagement and Empowerment for Covid19 (VCEE19), Datuk Dr Zainal Ariffin Omar serta Pemilik RMT Kumanbuster Global dan RMT Entertaiment, Rahmat Md Zainal.

Iklan

Mengulas lanjut, Putri Nurul Izzah berkata, dia turut bekerjasama dengan Pertubuhan Kebajikan dan Penjagaan Nur Hidayah membangunkan pusat tahfiz di mana ia menempatkan anak-anak autisme.

Katanya, itu merupakan satu kaedah untuk membantu anak-anak tersebut meningkatkan kemahiran masing-masing.

"Kami adalah satu badan kesukarelawan. Jadi kami menggalakkan para sukarelawan di luar sana yang mempunyai kepakaran dalam bidang profesional untuk bersama kami membantu mengajar dan membimbing anak-anak ini di pusat tahfiz.

"Itu antara kaedah yang cuba kami diimplementasikan,” katanya.