Aksi Liverpool-Leeds, Wolves-Watford ditangguhkan

Iklan
Gambar hiasan

KES positif Covid-19 dalam kalangan pasukan pelawat mengundang kepada penangguhan perlawanan Liverpool-Leeds United dan Wolverhampton Wanderers-Watford yang dijadualkan pada Boxing Day, kata Liga Perdana Inggeris.

Jumlah perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang dibatalkan akibat wabak Covid-19 kini meningkat kepada 12 dalam dua minggu lalu tetapi Liga Perdana menyatakan hasrat meneruskan perlawanan selagi masih selamat.

Iklan
Iklan

"Berikutan permintaan penangguhan daripada Leeds United dan Watford akibat Covid-19, Lembaga Pengarah Liga Perdana bermesyuarat dengan dukacitanya bersetuju menangguhkan perlawanan Boxing Day kedua-dua kelab terbabit.

"Liga Perdana membuat keputusannya sebelum Boxing Day untuk memberi pencerahan kepada kelab dan penyokong kelab terbabit. Kami memohon maaf atas kesulitan dan gangguan yang disebabkan oleh situasi ini" katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Liga Perdana berkata, Leeds tidak dapat memenuhi perlawanan itu setelah beberapa pemainnya positif Covid-19, kecederaan dan demam.

Tambahnya, Watford pula yang mempunyai dua perlawanan ditangguhkan bulan ini, berdepan jumlah pemain yang tidak mencukupi untuk menurunkan satu pasukan.

Iklan

"Disebabkan pemain berada dalam kuarantin, adalah dijangka sepenuhnya Watford bersedia untuk perlawanan mereka pada 28 Disember menentang West Ham United," tambah kenyataan itu.