Ajal di selekoh

Iklan
Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya hilang kawalan dan terbabas di Jalan Lapangan Terbang Subang susur ke Shah Alam, di Petaling Jaya pada Khamis.

PETALING JAYA - Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya hilang kawalan dan terbabas di Jalan Lapangan Terbang Subang susur ke Shah Alam, di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kejadian sekitar jam 5.26 petang.

Iklan
Iklan

"Kemalangan berlaku pada jam lebih kurang 3.59 petang melibatkan sebuah motosikal jenis Honda.

"Siasatan awal mendapati mangsa merupakan lelaki tempatan berusia 48 tahun dipercayai ketika sampai di selekoh telah hilang kawalan dan terjatuh bersama motosikalnya," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Kepada sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian dimohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat trafik Inspektor Rina Murniza Ibrahim di talian 013-973 8580 bagi membantu siasatan," ujarnya.

Iklan