PUTRAJAYA - Seorang lelaki yang dalam perjalanan ke tempat kerja maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer (km) 5.4 Lebuh Wadi Ehsan di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, dalam kejadian jam 2.45 petang itu, mangsa berusia 34 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda Wave dari arah Presint 14 menuju ke tempat kerja di Jabatan Alam Sekitar, Persiaran Perdana di sini.