Bekas Presiden Afghanistan seru dunia bekerjasama dengan Taliban

Iklan
Hamid Karzai - Foto AP

WASHINGTON - Bekas Presiden Afghanistan, Hamid Karzai menyeru masyarakat antarabangsa supaya bekerjasama dengan Taliban, lapor Sputnik.

Beliau berkata demikian dalam temu bual dengan CNN dan katanya"dunia perlu bekerjasama dengan Taliban”.

Iklan
Iklan

"Realitinya Taliban kini menjadi pihak berkuasa de-facto di negara itu, jadi mereka perlu bekerjasama dengan mereka untuk membolehkan bantuan dapat disampaikan kepada rakyat Afghanistan," katanya.

Karzai juga mengalu-alukan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang baru-baru ini membenarkan bayaran bantuan kemanusiaan kepada Afghanistan walaupun terdapat sekatan.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: PBB janji teruskan bantuan kemanusiaan kepada Afghanistan

Resolusi yang dicadangkan Amerika Syarikat itu diluluskan sebulat suara pada Rabu.

Iklan

Taliban mengambil alih Afghanistan pada Ogos, menamatkan kehadiran tentera AS dan NATO selama bertahun-tahun yang turut menyaksikan pengunduran Presiden Ashraf Ghani. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Taliban menang di Afghanistan