Perahu terbalik, warga emas ditemui maut

Iklan
Mayat warga emas yang ditemui maut di Kampung Gual Periok, Rantau Panjang dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat pada Jumaat. (Gambar kecil: Mustapa)

RANTAU PANJANG - Seorang warga emas ditemui maut apabila perahu yang dinaikinya dipercayai terbalik dalam kejadian di Kampung Gual Periok, di sini pada Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, Mustapa Nawang, 65, ditemui oleh anak saudaranya, Nazmi Nazlan, 27, yang mencari mangsa di tempat kejadian selepas diberitahu tidak pulang ke rumah sejak Khamis.

Iklan
Iklan

"Sebelum itu, Nazmi diberitahu oleh jirannya tentang ketiadaan mangsa di rumah pada malam Khamis.

"Pada pagi Jumaat sekitar jam 6.30 pagi, Nazmi bersama empat orang rakannya telah mencari di sekitar kampung dan menjumpai sebuah perahu terbalik," katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Iklan

Muhamad Zaki sebelum itu merasmikan Majlis Sumbangan Kotak Rezeki Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi (G20 Goldwing Malaysia) dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir.

Iklan

Mengulas lanjut Muhamad Zaki berkata, setelah pemeriksaan dilakukan, Nazmi dan rakan-rakannya menemui mangsa di sebelah perahu dalam keadaan tidak sedarkan diri pada paras air sedalam satu meter.

Katanya, mereka kemudian menghubungi Klinik Kesihatan Rantau Panjang untuk mengesahkan keadaan mangsa.

"Mangsa dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk dibedah siasat," katanya.