Ayob Khan dilantik Pengarah JSJN Bukit Aman

Iklan
Ayob Khan

JOHOR BAHRU - Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman yang baharu.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan, Ayob Khan menggantikan Datuk Razarudin Husain yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara menggantikan Datuk Seri Mazlan Lazim yang akan bersara pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu lagi, Ketua Polis Kedah, Asisten Komisioner Datuk Kamarul Zaman Mamat akan menggantikan Ayob Khan sebagai Ketua Polis Johor yang baharu.

Ayob Khan, 55, menjadi Ketua Polis Johor pada 6 Mac 2020 dan sebelum itu merupakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman.

Iklan
Iklan