Juventus hilang 'originality' sebab Ronaldo: Buffon

Iklan
Gianluigi Buffon menyifatkan kedatangan Cristiano Ronaldo ke Stadium Juventus pada 2018 menjadi punca The Old Lady kehilangan DNA sebagai sebuah gergasi Eropah. - Foto fail Bernama

LEGENDA Juventus, Gianluigi Buffon menyifatkan kedatangan Cristiano Ronaldo ke Stadium Juventus pada 2018 menjadi punca The Old Lady kehilangan DNA sebagai sebuah gergasi Eropah.

Ronaldo yang kini kembali ke Manchester United untuk kali kedua, menjaringkan 101 gol dalam 135 penampilan bersama Juventus, memenangi Serie A dua kali tetapi gagal melepasi suku akhir Liga Juara-Juara selama tiga tahun berada di Turin.

Iklan
Iklan

Buffon kembali ke kelab pertamanya Parma pada Jun selepas hampir dua dekad di Juventus - dia menghabiskan musim 2018/19 di Paris St Germain di mana dia memenangi 10 gelaran Serie A.

"Juventus berpeluang memenangi Liga Juara-Juara pada tahun pertama dia tiba, iaitu tahun saya berada di Paris St Germain, dan saya tidak dapat mengetahui apa yang berlaku.

Iklan

"Apabila saya kembali, saya bekerja dengan Ronaldo selama dua tahun dan kami berjaya bersama, tetapi saya rasa Juventus kehilangan DNA sebagai sebuah pasukan.

"Kami mara ke final Liga Juara-Juara pada 2017 bukan hanya kerana kami pasukan yang penuh pengalaman, tetapi lebih-lebih lagi kami adalah satu unit dan terdapat persaingan untuk tempat dalam kumpulan yang sangat kuat. Kami kalah dengan Ronaldo,” kata Buffon.

Iklan

Juventus kini berada di kedudukan kelima Serie A, 12 mata di belakang pendahulu Inter Milan, akan menjadi tuan rumah kepada kelab tempat ketiga Napoli pada 6 Januari.