Kejadian berlaku di persisir pantai Pulau Paros, Greece, yang ketiga melibatkan migran di perairan negara itu minggu ini.
Sebanyak 80 migran dipercayai ditempatkan dalam bot kecil itu, lapor agensi berita Athens News Agency.
Punca kejadian masih dalam siasatan dan usaha mencari mangsa sedang giat dilakukan.
Pada Khamis, pihak berkuasa menemui 11 mayat selepas sebuah bot kecil membawa migran karam di sebuah pulau di selatan Greece.
Seramai 90 lagi berjaya diselamatkan dalam operasi tersebut.
Kesemua migran dipercayai menuju ke Itali.
Greece merupakan salah satu laluan bagi migran dan pelarian dari Afrika dan Timur Tengah namun bilangannya telah berkurangan sejak 2016 memasuki Kesatuan Eropah.
Dipercayai lebih sejuta individu telah menggunakan laluan tersebut.
Rabu lepas, sebuah bot yang membawa lebih 50 migran karam di persisir pantai Pulau Folegandros dan usaha mencari mangsa masih diteruskan. - Awani