Raja Muda Selangor berkenan terima sumbangan mangsa banjir

Iklan
Tengku Amir Shah (kanan) berkenan menerima sumbangan daripada LGPF pada pada Sabtu.

SHAH ALAM - Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima sumbangan daripada Yayasan Lau Gek Poh (LGPF) berjumlah RM200,000 untuk membantu mangsa banjir di seluruh Selangor.

Selangor Royal Office menerusi satu hantaran di Facebook pada Sabtu memaklumkan, LGPF akan bekerjasama dengan Selangor Youth Community (SAY) yang dinaungi oleh Tengku Amir Shah untuk membantu mangsa-mangsa banjir di negeri berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurut hantaran tersebut, wang sumbangan tersebut akan digunakan untuk memperoleh barang-barang keperluan harian, makanan dan peralatan bagi tujuan pembersihan pasca banjir.

"Tengku Amir Shah berkenan menerima sumbangan berjumlah RM200,000 daripada LGPF bagi membantu mempermudah urusan mangsa-mangsa banjir yang terkesan di seluruh Selangor," kata hantaran itu.

Iklan
Iklan