Pahang kekalkan kadar cukai tanah

Iklan
Wan Rosdy

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) bersetuju mengekalkan remisyen kadar cukai tanah tahun hadapan sepertimana dua tahun sebelumnya.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan itu dibuat bagi meringankan beban rakyat khususnya dalam kalangan pembayar cukai tanah di Pahang.

Iklan
Iklan

"Kita memahami keadaan rakyat yang berdepan dengan pelbagai kekangan akibat wabak pandemik Covid-19 yang masih melanda negara.

"Jadi, keputusan ini juga diharap dapat memberi ruang dan kesempatan kepada semua pemilik tanah di negeri ini untuk menjelaskan cukai tanah sepenuhnya pada 2022 kelak,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Untuk rekod, Pindaan Cukai Tanah (PCT) 2020 mula dilaksanakan mulai 1 Januari tahun 2020. Cukai bagi kediaman, tanah pertanian dan hasil hutan bagi tanah yang berkeluasan empat hektar ke bawah masih kekal pada kadar yang sama sejak tahun 2007.

Berdasarkan kadar cukai tanah baharu itu, kadar bagi sektor industri ditetapkan pada RM5 bagi satu meter persegi berbanding hanya 25 sen yang dikenakan sejak 2007 atau selama tempoh 12 tahun yang lalu.

Iklan