54,532 mangsa banjir masih di PPS

Iklan
Acryl Sani Abdullah Sani

SHAH ALAM - Sebanyak 334 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka bagi menempatkan seramai 54,532 mangsa banjir setakat jam 4 pagi Sabtu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, penduduk yang berada di PPS membabitkan seramai 29,108 orang di Pahang, Selangor (23,302), Kelantan (974), Kuala Lumpur (238), Negeri Sembilan (292), Perak (105) dan Melaka (38).

Iklan
Iklan

Menurutnya, paras air sungai di beberapa negeri masih berada di tahap berbahaya dan orang ramai diminta supaya terus berjaga-jaga.

"Di Pahang sebanyak dua sungai pada tahap berwaspada, empat tahap amaran dan tiga tahap bahaya manakala di Selangor dua di tahap waspada dan satu tahap amaran.

Acryl Sani Abdullah Sani

Iklan

"Di Kelantan dua lokasi sungai di tahap amaran, Terengganu satu tahap waspada, manakala tiga sungai di Sarawak dan Johor di tahap amaran," katanya pada sidang akhbar di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Taman Seri Muda, Seksyen 25, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, 68 jalan di seluruh negara masih ditutup melibatkan 46 laluan di Pahang, Selangor (14) Negeri Sembilan (lima) dan Kelantan (tiga).

Iklan

Tambahnya, kerja-kerja pembersihan kawasan dilanda banjir giat dijalankan dengan bantuan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan sukarelawan.

"Usaha itu berjalan mengikut jadual ditetapkan. Polis turut menerima sumbangan seperti lori jengkaut bagi mempercepatkan proses pembersihan kawasan banjir,” katanya.