PENGURUS Arsenal, Mikel Arteta berkata, dia tidak cuba untuk mengukuhkan kuasanya melalui pendekatan diktator dan penghormatan dan komitmen daripada pemain tidak boleh dirunding jika dia mahu kekal di kelab itu.
Komen Arteta hadir selepas Pierre-Emerick Aubameyang disingkirkan sebagai kapten The Gunners minggu lalu selepas pelanggaran disiplin.
Aubameyang, yang menandatangani kontrak baharu tiga tahun dengan kelab London itu tahun lalu, digugurkan menjelang kemenangan 2-0 ke atas West Ham United selepas dia pulang lewat dari perjalanan ke luar negara.
"Saya tidak mewujudkan kuasa dengan bersikap diktator atau kejam.
"Saya hanya meminta satu perkara - rasa hormat dan komitmen. Pada tahap ini, jika saya tidak mendapatnya, saya akan mengemas beg dan pergi ke tempat lain kerana itu adalah minimum yang boleh saya minta.
"Untuk berjaya anda perlu bersemangat tentang sesuatu dan, jika anda mahu mewakili kelab sebesar ini, itu adalah standard minimum yang perlu anda bawa.
"Saya tidak akan meminta sesiapa untuk menyepak bola ke sudut penjuru gol setiap kali mereka mengambinya, tetapi saya akan meminta mereka melakukan perkara yang betul setiap hari untuk kelab ini," kata Arteta dalam komen yang diterbitkan oleh media Britain.
Arsenal yang kini berada di kedudukan keempat liga akan menentang kelab tercorot Norwich City di Carrow Road pada Ahad.