PATTANI - Dua lelaki dipercayai anggota militan ditemui maut dalam satu insiden berbalas tembakan di Pattani, selatan Thailand dalam insiden yang bermula pada tengah hari Jumaat.
Penolong Ketua Polis (Siasatan) Thung Yang Daeng, Koloner Naris Kaje berkata, bertindak atas maklumat orang awam, pasukan keselamatan mengepong sebuah rumah di daerah Thung Yang Daeng di mana dua lelaki yang dipercayai anggota Barisan Revolusi Nasional (BRN) bersembunyi.