Polis Bentong siasat aduan terhadap anggota bertugas

Iklan
Aduan yang tular pada Sabtu berhubung ketidakpuasan hati terhadap empat anggota bertugas di kaunter aduan khas polis di Medan Selera Karak, Kuantan. (Gambar Kanan) Zaiham Mohd Kahar

KUANTAN - Polis Daerah Bentong akan melakukan siasatan terhadap anggotanya yang bertugas di kaunter aduan khas polis di Medan Selera Karak, di sini.

Ia susulan timbul ketidakpuasan hati orang ramai terhadap anggota terlibat seperti yang tular pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, kes itu disiasat sepenuhnya dan tindakan bersesuaian akan diambil terhadap anggota terlibat sekiranya dakwaan itu benar.

Menurutnya, kaunter aduan khas polis dibuka termasuk di pusat pemindahan sementara (PPS) bagi membantu masyarakat terkesan banjir membuat laporan.

Iklan

"Walaupun langkah-langkah telah diambil dalam memudahkan orang ramai membuat laporan polis, terdapat insiden di luar kawalan disebabkan sikap segelintir anggota yang mungkin terbawa emosi ketika menangani keluhan dan kesusahan masyarakat.

"Orang ramai yang terlibat dalam insiden tersebut diminta berkerjasama tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-222 2222," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

Zaiham berkata, IPD Bentong telah membuka kaunter aduan khas polis di enam lokasi dan 3,107 laporan secara manual telah diterima setakat ini.

"Lokasi kaunter berkenaan adalah di Medan Selera Karak, PPS Dewan Arena Bentong, PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Karak Setia, PPS Dewan Bukit Piatu, PPS Dewan Bukit Dinding dan PPS Pascorp Paper," katanya.

Berdasarkan isu yang tular, seorang pengadu berkongsi ketidakpuasan hati terhadap empat anggota bertugas yang didakwa datang lewat jam 9.30 pagi sedangkan waktu ditetapkan jam 8 pagi.

Anggota terlibat juga didakwa tidak terus menjalankan tugas sebaliknya pergi sarapan dahulu sedangkan orang ramai telah menunggu lebih awal untuk membuat aduan.